doakuselaluadadalamnafasku

Kamis, 07 Februari 2013

Doa buat orang tersayang


Bismilallahirahmanirahim..Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia akan menjadi teman menapaki hidup hamba Mu
Satukanlah hatinya dengan hati hamba Mu
Titipkanlah kebahgiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah.. ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seirirngkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milik hamba Mu
Bawalah ia pergu jauh dari pandangan hamba Mu
Luputkanlah ia dari ingatan hamba Mu
Ambillah kebahgiaan ketika dia ada disisi hamba Mu
Dan peliharalah hamba Mu dari kekecewaan
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah hamba Mu kekuatan
Melontar bayangnya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar hamba Mu bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah ya Tuhanku..
Pasrahkanlah hamba Mu dengan takdir Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat hamba Mu
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini
Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemelihara hamba Mu
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan hamba Mu sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan hamba Mu ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah hamba Mu seorang pasangan yang beriman
Supaya hamba Mu dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah pada hamba Mu keturunan yang soleh
Amin.. Ya Rabbal A’lamin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar